MARHABAN

MARBAHAN UKHWAH FILLAH

Saturday, June 26, 2010

Jangan Kamu Dekati Zina!

Dalam sebuah hadis Nabi S.A.W, yang telah diriwayatkan oleh Ahmad, Ibnu Hibban, dan AlHakim : Wahai muslimin, jauhilah zina kerana perlakuannya mendatangkan enam keburukan, tiga di dunia dan tiga lagi di akhirat :
Keburukan di dunia : 1) hilangnya seri pada wajah
2) memendekkan umur
3) mendatangkan kefakiran,

Keburukan di akhirat : 1) Allah murka
2) dihisab atau balasan yang buruk
3) azab neraka

Sidang pembaca yang dirahmati oleh Allah sekalian, dosa melakukan zina bukan sahaja, dibalas di dunia, bahkan Allah menggandakannya di akhirat kelak, betapa besarnya dosa orang melakukan zina, oleh sebab itulah Allah berfirman dalam Al-Quran, ''jangan kamu dekati zina, bukan jangan kamu melakukan zina'', terdapat perbedaan di antara perkataan dekati dan melakukan. Allah menggunakan perkataan tersebut, kerana nak menggambarkan betapa beratnya perbuatan zina itu. Kalau menggunakan perkataan melakukan, nampak ianya agak ringan.Oleh sebab itulah hukuman terhadap orang yang melakukan zina sangat berat, mengikut syariat. Tetapi, di Malaysia khususnya, sebuah negara Islam, peratusan kes-kes maksiat atau zina, sangat tinggi, yang sedihnya, orang yang melakukan zina tersebut, bukan daripada kalangan orang bukan Islam, tapi yang Islam banyaknya. Mengapa perkara ini berlaku. Terdapat ramai anak-anak dara telah dibuntingkan oleh musang-musang jantan yang berkepala hitam, putih dan sebagainya, hinggakan rumah-rumah tumpangan tidak cukup untuk memuatkan mereka yang terlanjur. Ada yang membuang anak-anak mereka seperti sampah sarap di jalanan, sudahlah melakukan zina, mereka ini menambahkan lagi dosa mereka dengan anak tersebut, dan tambah lagi pula dengan tidak bersyukur dengan rezeki Allah berikan kepada mereka. Mereka inilah golongan yang sangat sesat lagi menyesatkan. Dengan melakukan zina ini juga, timbullah pelbagai penyakit yang diturunkan oleh Allah, antaranya, HIV, chlamydia, gonorhea, genital warts, herpes dan banyak lagi, yang bersifat berjangkit. Sabda Nabi Muhammad S.A.W , yang maksudnya, ''dan tidaklah zahir perbuatan zina secara terang-terangan dalam sesuatu kaum melainkan akan merebak dalam kaum itu wabak dan penyakit yang tidak pernah dikenali oleh datuk, moyang mereka sebelum itu''(riwayat Ibnu Majah, Al-Baihaqi, Al-Bazzar).
Kalau kita lihat dunia sekarang, seks adalah menjadi pertaruhan utama dalam sesuatu kerja, hinggakan ada rasuah seksual dan sebagainya. Yang paling menyedihkan, pemberi dan penerima seksual adalah orang Islam. Umat sekarang, hanya Islam pada namanya sahaja, tidak pada diri dalaman. Itulah kelemahan umat Islam diketika ini. Dengan kelemahan tersebut, golongan barat telah mengambil peluang ini, untuk menghancurkan umat Islam, di timur, barat, selatan dan utara. Seluruh segenap bumi, umat Islam difitnah, sebagai pengkhianat kepada keamanan dan dinamakan sebagai teroris oleh golongan barat. Ingat, ini adalah satu fitnah yang paling dasyat kepada umat Islam, oleh sebab itulah, Allah memperingatkan kepada umat Islam bahawa fitnah itu, lebih buruk kesannya daripada membunuh.
Oleh itu, inilah peranan serta tanggungjawab yang paling besar kepada para pendakwah, umat mencorakkan kembali zaman kegemilangan Islam yang hilang selama 1400 tahun yan lalu. Jangan para pendakwah bertelingkah dengan hukum hakam yang terdapat kekhilafan ulama', semuanya telah diselesaikan oleh ulama' terdahulu, kita sekarang hanya menggunakannya, dan mengsistemkan hukum serta perundangan Islam. Pendakwah tidak perlu berlawan di antara satu sama lain, ini hanya merugikan masa, dan tenaga, sedangkan pihak musuh setiap saat mereka berfikir bagaimana untuk menghancurkan umat Islam. Pertelingkahan tersebut, hanya membuatkan mereka tersenyum riang, menandakan jayanya perancangan mereka.
Seluruh ulama' dan perdakwah perlu bersatu, untuk menguatkan barisan hadapan, bagi membangunkan generasi emas yang mampu mentadbir mengikut sistem perundangan Islam. Sekiranya generasi kini, rosak dengan akidahnya, sampaikan judipun dijadikan sebagai pendapatan yang halal, maka tidak ada generasi emas yang akan muncul, yang akan muncul hanyalah generasi tembaga sahaja, yang mudah diketuk, digodam, diputar, dipusing sesuka hati oleh golongan barat.
Marilah kita sama-sama berganding bahu untuk menegakkan Islam di muka bumi Allah ini, supaya generasi kita akan datang, dapat merasai nikmat ajaran Islam yang sebenarnya, serta menjadi kewajiban kepada kita seluruh umat Islam untuk kita menceritakan Islam kepada mereka yang masih belum menjumpai Islam, ini bukan peranan golongan Ustaz/ zah sahaja, bahkan menjadi tanggungjawab kepada seluruh jiwa yang beragama Islam. Hayya ya syabab nansuru dinnallah...

No comments:

Post a Comment