MARHABAN

MARBAHAN UKHWAH FILLAH

Saturday, July 10, 2010

Kembara Di Sebalik Kecantikan Pulau Semporna




Kembara Di Sebalik Kecantikan Pulau Semporna

Kembara di Pulau Semporna, Sabah, adalah kenangan yang paling best untuk kita berkongsi di blog ini. Kami bertolak dari LCCT dengan menaiki kapal terbang tambang murah Air Asia pada pukul 7 pagi dan sampai di Lapangan Terbang Tawau, lebih kurang pukul 10 lebih-lebih. Perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam 45 minit daripada LCCT ke Lapangan Terbang Tawau, Sabah.

Semporna mempunyai beberapa pulau yang berdekatan iaitu, Pulau Bum Bum, Pulau Larapan, Pulau Mabul, dan ianya juga adalah jalan utama untuk ke Pulau Sipadan yang terkenal dengan keindahan pulaunya dan diiktiraf oleh antarabangsa, antara pulau yang tercantik di dunia. Kembara kali ini, kami telah mengadakan program dakwah bil hal ke Pulau Larapan dan Pulau Bum Bum. Semasa sampai di Pulau Larapan, kami sangat takjub dengan kecantikan keindahan pulaunya, yang jernih airnya, hinggakan nampak rumpai yang menghuni di dasar lautan. Tetapi di sebalik keindahan pulaunya, sebilangan penduduknya sangat miskin, bak kata pepatah melayu, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kehadiran kami disambut meriah oleh penduduk kampung.

Lawatan pertama kami, ialah ke Pulau Larapan, yang terletak lebih kurang 20 minit daripada Jeti Pekan Semporna, sekiranya menaiki bot laju. Pengalaman menaiki bot kecik, yang apabila bergerak, kita dapat menyentuh air lautnya. Walaupun di hati, rasa ketakutan, tetapi terpaksa memberanikan diri, untuk mencari pengalaman yang sangat berharga ini. Sekiranya kalau di Kuala Lumpur, kita melihat mat rempit dengan motornya merempit di jalanraya, di Semporna juga ada mat rempitnya, tetapi mereka merempit di atas bot masing-masing. Kanak-kanak awal 6 atau 7 tahun, sudah pandai memandu bot ang kecik. Lautnya sentiasa nampak sibuk dengan bot-bot, seperti sibuknya bandar Kuala Lumpur, itulah istimewanya kehidupan di Semporna ini.

Apabila sampai di Pulau Larapan, kami semua terpegun dengan kecantikkannya, dengan air lautnya yang biru, sehinggakan nampak rumput-rampai yang hidup di dalam laut. Kecantikkan ini, memang tidak ada di Kuala Lumpur, walaupun penduduknya hidup dalam serba kekurangan, tetapi keindahan alam semulajadinya, membuatkan hati kita berasa tenang, jiwa terasa terubat dengan keindahan kebiruan lautnya. Ketibaan kami, disambut dengan penuh meriah oleh penduduk pulau kecil yang berpenghuni lebih kurang 200 orang. Lawatan kami, tidak dengan tangan yang kosong, kami membawa barang-barangan keperluan harian mereka, seperti, beras, roti, makanan ringan, minyak dan lain-lain lagi. Anda bayangkan, betapa kekurangannya mereka, sehingga kicap pun ada harga 20 sen, yang dipakej di dalam plastik aiskrim. Rasa saya, di Kuala Lumpur tidak ada. Walaupun serba kekurangan, tetapi raut wajah mereka tetap nampak bahagia dengan kehidupan mereka.

Lawatan kedua kami ialah ke Pulau Bumbum. Pulau ini lebih kurang 5 minit sahaja daripada Jeti Pekan semporna. Kalau daripada Jeti Pekan Semporna, kita akan nampak dengan jelas Pulau ini. Penghuni Pulau Bumbum, berketurunan Bajau Laut, iaitu orang asal yang membuka Pulau Bumbum. Kehidupan mereka tidak berbeza dengan Pulau Larapan yang telah kami lawati sebelum ini. Tapi saya rasa, penduduk Pulau Bumbum, lebih kekurangan daripada penduduk Pulau Larapan, walaupun mereka dekat dengan Pekan Semporna. Penduduk di pulau ini, lebih kurang, kalau di semenanjung ni, orang asli la, kerana masih hidup dengan meminggirkan kemajuan. Lawatan kami, tidak dengan tangan kosong, kami membawa keperluan harian mereka, sepertimana kami bawa ke Pulau Larapan. Sambutan penduduk sangat meriah dengan kehadiran kami. Kebanyakkan mereka, masih lagi tidak menganuti mana-mana agama, berbeza dengan Pulau Larapan yang penduduknya, 100% Islam.

Satu perkara yang paling unik di sini, ialah rumah-rumah mereka dibina di atas air, di persisiran laut yang bersambung di antara satu rumah ke rumah yang lain, dan yang menariknya, tandasnya adalah lautan yang membiru, yang mana kita boleh lihat keindahan lautan bila nak buang hajat.

Setelah selesai ziarah, kami pun bertolak pulang ke hotel, sebelum bertolak ke Bandar Tawau, Sabah, untuk aktiviti membuang duit.huhu....maksudnya shoopping la ek...Bandar Tawau ni terkenal dengan makanan lautnya yang murah, dan segar. Sekadar itulah dahulu, perkongsian pengalaman kali ini. Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment