MARHABAN

MARBAHAN UKHWAH FILLAH

Thursday, June 24, 2010

TRAVEL DUBAI



Negara Emeriah Arab Bersatu (UAE) adalah hasil gabungan 3 buah negeri iaitu, Abu Dhobi, Dubai, dan Syarjah. Kedudukkannya yang strategik, membuatkan UAE menjadi negara yang penting bagi persinggahan kapal-kapal daripada Eropah, US, China dan sebagainya, untuk perjalanan utara ke Selatan dan Timur ke Barat. Hampir kesemua kapal-kapal singgah di negara ini, kerana kedudukkannya di tengah-tengah benua dunia. Pada bulan 2 Mei 2010 - 9 Mei 2010 yang lalu, alhamdulillah, saya dapat sampai di Dubai, salah sebuah negeri di dalam UAE, untuk mengikuti program travel agency, yang dianjurkan oleh tourism Malaysia. Ketika flait mendarat tiba di Lapangan Terbang Dubai, pemandangan dari udara, sangat cantik dengan bangunan-bangunan pencakar langit yang tinggi dan moden. Setelah mendarat, saya dan rakan daripada arabtco travel agency, mengambil teksi untuk ke penginapan, ada satu perkara yang menarik, teksi yang kami naiki itu, jenis chevrolet yang baru, yang tidak ada Malaysia, semua teksi-teksi di sana, kalau kita di sini, hanya orang kaya-kaya saja boleh naik, tapi di sana, orang biasa pun boleh naik, sebab mereka jadikan sebagai teksi. Kebanyakkan orang di sana, boleh berkomunikasi dengan banyak bahasa, kerana ramai orang luar yang bermastautin di sana, kebelutan pemandu teksi yang kami naiki daripada airport, adalah berketurunan Iran, dia mampu bercakap dalam tiga bahasa, Parsi, Inggeris, dan bahasa arab. Tapi kebanyakkan komunikasi di sana, dalam bahasa Inggeris, dan saya rasa dalam 20 tahun akan datang, bahasa arab akan lupus di Dubai, kerana penduduk arab di sana hanya 20 % dan yang lainnya, adalah orang asing, ada Filipin, Indonesia, India, Pakistan , Iran, Eropah, dan negara-negara asia tengah. Kami menyewa hotel Ibis 2 bintang, walaupun 2 bintang, harganya boleh tahan.Tapi yang menariknya Dubai ini, banyak tempat shopping, kalau nak tempat mahal, ada tempatnya, kalau nak tempat murah, juga ada tempatnya, terpulang kepada kita untuk memilihnya. Tapi kalau nak pergi Dubai, kena bawa duit banyak, takut-takut tak cukup, sebab banyak sangat benda nak beli, harganya jauh ebih murah, jika kita nak bandingkan barang yang sama di Malaysia. Contohnya suit, hanya RM130 sahaja, kalau di Malaysia ni, paling murah pun RM650. So, kalau pergi sana, bawalah duit banyak-banyak.Ni tempat yang murahlah, contohnya di suk Naif, harganya murah, tapi barangnya sangat kualiti. Ramai peniaga di pasar ini, berketurunan India, Pakistan, Kashmir, yang pakar dalam bidang masing-masing, so secara tidak langsung, memberi input kepada Dubai, untuk menarik pelancong luar berkunjung ke Dubai. Yang paling menarik sekali, adalah semasa hari terakhir, kami mengikuti satu ekspidisi ke padang pasir, pakejnya hanya 130 DH setiap seorang, kami berkonvoi selama 3 jam, di padang pasir, saya terfikir bagaimanalah Rasullulah merentasi padang pasir dengan unta, naik dengan jip pun letih, ni naik unta, bagaimanalah cabarannya,tapi itulah terbukti, bahawa Allah memberi kekuatan kepada Baginda untuk menyampaikan risalah Allah ke seluruh pelusuk bumi sebagai Utasan Allah. Ekspidisi tersebut bermula jam 3ptg hinggalh 9 malam, dan pada pukul 3 pagi, flait kami pun tiba. Insyaallah jika ada masa dan rezeki, kami akan berkunjung pulak di Abu Dhobi, salah sebuah dalam negeri UAE. Sape2 yang berminat, untuk ke Dubai, bolehlah layari www.arabtco.com.Sekian wassalam.

1 comment:

  1. It's great to have Dubai luxury holidays. It's so awsome and there are a lot of things and places to explore.

    ReplyDelete